no to copy-copy...ngee~

Wednesday, January 2, 2013

welcome two-thousand-thirteen

As-salam...
appy belated new year..
lambat sehari.. cuz terlupa azam baru nak tulis blog ari-ari
*makin tua muda makin nyanyuk..hikhik...*

hye 2013...i looking-4-u..hope this year a good year to me~

speacial ye celebrate new year dgn my baby..
mohammad aqeef....

azam tahun ni..
menjadi mak-mak yang baek kepada aqeef...
menjadi wifey yang supporting & solehah to my hubby..
menjadi anak yang baek to my parent..
menjadi pekerja yang baek..
dan menjadi yang baek-baek..
yang tak baek tu...well human being..mesti la wat silap..huhuhu...
tapi harap yang baek tu lebih la dari yang tak baek..

Friday, December 7, 2012

I created this awesome using Collage Creator. You can download this app from Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.changedroid.picture.collage.creator

Tuesday, July 24, 2012

Bazar ramadan stadium & teh bunga madu

alhamdulillah...
arini selamat da menunaikan puasa ari ke-4...
hurm ari ke-4 ni rajin sikit la nak jenjalan cari makanan kat bazar...
bazar ramadan stadium is da best bazar in Alor Star..
makanan terlalu banyak variasi..
sampai tak taw nak pilih..huhuhu..

tapi sumthing became misteri to me..
da 3 tahun berturut-turut ada satu gerai kat bazar ni yang orang akan beratuq nak membeli..
gerai teh bunga madu...
sedap sangat kut..ghasa2 ye gerai ni pernah masuk tv...

tudiaaaaa...gerai teh bunga maduuuuuuuuuu~

ini lah barisan kita...ramai yang tunggu turn nak beli teh ni...

hurm...
mmg ramai sangat yang berbaris...
mesti sangat2 sedap kan...
tapi haku xsangup la plak nak join depa berbaris...
muahaha...
tengok aje pon jadik la~

Sunday, July 22, 2012

me as a mama & my little beloved boy

29 Mei 2012..
i became a mother..
finally...after 9 month im waiting for him...
alhamdulillah...haku selamat melahirkan seorang anak lelaki..
perasan bercampur baur tatkala 1st tym haku tengok mukanya..
appy, nerves, takut  n macam-macam perasaan yang haku rasa..
tapi yang pasti haku bersyukur kami berdua selamat...


my baby

ekceli my baby lahir 2 minggu terrrrrlebey awal...
and this happen masa haku duk attend kursus kat kepala batas, penang...
ramai gak yang tanya nape haku pegi gak kursus even tinggal 2 minggu lagi haku nak bersalin..
well...sebelum ni haku da pernah reject kursus yang sama...
so 2nd offer xkan nak tolak jugak..
da la ni kursus untuk sah jawatan...
tapi kan nape la haku dapat offer tym kritikal..
1st tym da offer masa haku alah trimester pertama haku pregnen..
tak larat ooo tym tu..badan sangat la tak sihat..
loya-loya...
2nd offer lak haku da sarat nak terberanak da..

but haku still gak nak attend kursus tu..
haku tawakal jer dengan harapan haku tak terberanak la masa kursus tu...
so untuk langkah berjaga-jaga, haku bawak la extra beg untuk haku n baby jika masuk hospital...
amazingly...sepanjang haku kat tempat kursus tu haku sihat ja....
masuk kelas dari pagi sampai malam haku tetap maintain cergas...
tak skip pon kelas even discussion untuk group presentation sampai tengah malam pon haku pegi gak..
yang sronok ye bila preggy ni...
sume orang skeliling haku jadik gentleman & gentlewomen...
b'cuz haku tak payah berbaris bila nak ambik makanan...sume bagi haku ambik dulu..
bila nak sign attendant x payah berbaris...sume bagi haku sign dulu..
bila haku berdiri je....sume duk pesan haku careful..
bila haku berjalan je sume tanya keadaan haku...sihat ke tak letih ke...
wah..terasa cam tuan puteri plak errkk...mak puteri kut...
makanan kat hotel tu plak sedap belaka n banyak pilihan... 
terlebey cergas sampai leh bersiar-siar lak di kedai sekeliling hotel...
urusetia kursus naik risau tengok ke-ter-lebey-cergasan haku..
dia duk tegur haku jangan jalan banyak sangat nanti terberanak plak malam satgi..

believe it or not..(eh..eh..macam rancangan tv plak)..
masin giler mulut urusetia tu..
subuh tu..haku turun darah...
haku tym tu terkejut tapi tak panik sangat...
but roomate haku masih single...
bila haku kejut dia dari tido & habaq dia haku turun darah..
roomate haku panik..& haku tetiba jadik panik gak...
so haku telefon urusetia kursus utk bawak haku ke hospital..
& urusetia tu pon panik...
it became ari panic sedunia...hahaha...

tapi seriusly...tym tu haku tak rasa sakit lagi...
even sampai hospital kepala batas..
doc habaq normal je klo turun darah tapi tak rasa contraction..
turun darah tak semesti ye nak terberanak...
so haku kena bermalam kat hospital n klo tak jadik apa haku boleh balik
haku pon masih rasa sihat..
tym ketua urusetia datang lawat haku nak sambung kursus tu..
hehehe...even urusetia tu da cuak tapi dia bagi gak klo doc bagi..
happy hokeyyy.....
ye la leh dapat gi kursus so leh dapat sijil & bila dapat sijil leh sah jawatan..

huhu...tuhan yang menentu kan..haku cuma mampu merancang..
start pukul 5 camtu..haku rasa penangan contraction yang pertama..
tak berapa sakit sebab selang sejam camtu..
pukul 7 camtu haku da mula terasa len macam..
sebab contraction jadik selang setengah jam..
bila pukul 8...haku mula nangis kesakitan..
contraction tu jadik selang 2,3 minit..& it happen sampai pukul 11 malam..
tym ni aku dimasukkan dalam wad bersalin & bukaan baru 6cm..
hampir sejam haku duk teran tapi baby tak kuar lagi..
so doc decide haku kena discharge n tukar hospital ke hospital seberang jaya..
sebab hospital tu tak cukup equipment in case haku kena operate..

perghhhh...sepanjang perjalanan haku ke hospital seberang jaya...
selama tu la haku rasa sakit....
sakit yang amat...
turun ja dari ambulans, haku nampak semua orang yang tersayang...
masing-masing senyum tapi still nampak risau..
tym tu haku nak je balas dengan senyuman sebab seriusly haku tak nak la depa duk risau...
tapi sakit yang haku rasa betul-betul membantutkan senyuman haku...

masuk je ke bilik operate tu, da ada 10 orang dalam tu..
ntah la yang 1 doc yang mana 1 nurse...
yang pasti sume duk suruh haku teran..
haku teran tapi tym baby macam nak kuar je, haku lost..
haku da tak larat nak teran..
haku cuba gak beberapa kali tapi masih tak boleh.. 
nurse disekeliling haku duk marah sebab haku tak teran betul-betul..
suruh haku curi nafas tapi seriusly haku tak tahu curi nafas tu macam mana...
haku try lagi teran tapi hasil ye macam tadi gak..


tetiba ada sorang nurse 2 duk atas katil and tekan perut aku...
ala mcm kita selalu tgk klo orang lemas kan dada dia kena tekan..
tapi haku kena kat perut...
sangat terkejut & takut..
haku sampai seminggu pas bersalin duk mimpi nurse 2 duk tekan perut haku...huhuhu...
result???
sama gak....juz nmpak kepala baby..
'u tak sayang kat anak u ke???teran la betul2....anak u boleh lemas klo u main2 teran..u nak anak u tak selamat ke'....
bila dengar nurse-ntah-la-yang-mana-satu cakap camtu..
haku jadik down..
seyesly haku tak nak jadik apa-apa kat anak haku..
tym tu otak haku fikir macam-macam..
ya Allah selamatkan la anakku...
tu la doa haku sepanjang haku dalam bilik bersalin tu...

 ntah kali ke berapa haku teran & then doc decide haku kena bedah..
baby da berak dalam perut..
takut keracunan & lemas..
dan dalam pukul 4 camtu..haku dengar suara baby nangis..
nurse tunjuk baby kat haku...
siap tunjuk area jantina baby betul2 dekat dengan mata haku...
alhamdulillah...haku selamat melahirkan babyboy...
Muhammad Aqeef...

tapi doc kata blood pressure haku tetiba naik..
keadaan haku kritikal...
condition ni jarang berlaku selepas melahirkan anak..
tu doc bagi taw kat hasben & parent haku...
alhamdulillah...syukur Ya Allah...
Engkau panjangkan umurku..
pukul 8 camtu haku kuar dari wad & keadaan haku stabil..
haku masih dipanjangkan umur untuk melihat anakku membesar..
alhamdulillah~


Tuesday, December 28, 2010

My Diaries : Huhu….sangat tepat….

My Diaries: Huhu….sangat tepat…..

Arini terbaca artikel berkenaan Rahsia Tarikh Lahir…amk aih….terkejut plak…nape???pasal hampir betul artikel itu mengenai diriku…artikel ni berbunyik seperti ini:

“ Dia bersifat peramah dan mudah terasa. Kepada teman-teman, dia bersifat lembut dan bijaksana. Namun begitu, dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui oleh perasaan khuatir tetapi dia seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.”

Yup, kalau nak diikutkan aku ni memang selalu disihkan kawan. Kalau ada event aku sentiasa menjemput rakan2ku….tapi…bila orang lain yang ada event..diri ini slalu disishkan..cedey giler..so slalu la senang ati dengan pujuk ati ini seorang diri. Takpa2…nti diorang ajak la…but in the end….taiada pon…mungkin diri ini tidak layak untuk disayangi…

Namun, aku juga slalu bersyukur..walaupun aku tiada kawan yang benar2 menyayangi aku, aku masih ada family & si dia yang kucintai…Walaupun aku kadang2 menjadi emo dan moody akibat stress di tempat keja (penangan taida orang nak berkawan dengan aku..) tapi dia masih melayani aku dengan baik…memujukku biarpun marahku tidak berpatutan..Ya Allah aku bersyukur pada-Mu….

.29 december 2010

Sunday, December 26, 2010

My Telenovela>> Bab 1: Siapakah aku dihatinya??

Bab 1: Siapakah aku dihatinya??

Gembira sangat…itu yang dapat aku ungkapkan hari ini. Tidakku sangka panggilan yang ku terima tadi adalah insan yang selama ini membuatkan hatiku bergetar apabila berdekatan atau bertembung dengannya. Aku amat menyukainya, namum aku Cuma memendam dan menyembunyi perasaanku ini dari pengetahuan sesiapa pon. Bagiku, cukuplah perasaan ini ku simpan dan kupendam di dasar hati ini.

Hurm, tapi kenapa dia ajak aku keluar??Getus hatiku. Walaupun dia satu kampus dengan aku, namun aku jarang berjumpa dengannya. Nak kata urusan pelajaran, hurm..course aku tiada kaitan langsung dengan course dia. Lagipu, aku ni bukan la pelajar yang aktif nak masuk mana-mana persatuan. Perasaan malu dalam diriku ini memang tebal. So aku tak rasa yang dia nak berjumpa denganku kerana hal-hal persatuan ke, kelab ke dan seangkatan denganya. Tetiba perasaan takut menyergah di mindaku…Camane kalau dia tahu perasaanku. Marah ke dia atau dia pon suka kat aku?? Atau dia nak suruh aku jangan suka kat dia dan mahu menyuruh aku agar jangan tunjuk muka aku depan muka dia lagi. Wawawa..tragisnya. Tapi camna dia tahu yang aku sukakan dia. Nampak sangat ke aku ni sukakan dirinya?? Mak aih..malunya kalau nampak sangat yang aku sukakan mamat tu.Lagi pon perasaan aku ini terhadapnya tak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun melainkan kepada Baby a.k.a kucing yang selalu merayau-rayau di kawasan hostel aku. Oh tidak, mana aku nak sorokkan muka aku ni???

Pening..baik aku cancel jer jumpa dia malam ni daripada aku dapat malu. Pastu, kalau aku jumpa dia ja, aku terus pi menyorok kat mana-mana ‘port’ yang boleh sorok muka dan badan aku ni. Kalau dia tegur aku pon, aku wat dek jer. Buat cam aku tak kenal mamat tu. Idea bernas ni..baik aku wat camtu ja. Tak serabut kepala aku nak fikir. Tapi nape dia nak jumpa aku ek?? Hurm, satu hal lak kalau aku tak jumpa dia. Arghhhhhhhhh…pening kepala nak fikir. Tanpaku sedar, habis kusut masai rambutku kerjakan. Sakit kulit kepalaku akibat rambutku yang ditarik-tarik oleh tanganku. Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berilah penunjuk kepada insan yang lemah ini. Aku ni pon satu, masa mamat tu telefon senang benar je aku mengiyakan ajakannya. Masalahnya di sini, aku ingatkan mamat itu memintaku memberitahu Kak Tiha yang dia mengajaknya keluar. Sungguh aku dengar namaku yang diserunya, namun otakku ligat menukarnya kepada nama Kak Tiha kerana aku sangat tidak percaya dengan apa yang ku dengar tadi. “Hahaha, saya ajak awak keluar la..bukan Kak Tiha awak tu”, gelaknya. Aku pula dalam keadaan kalut malut akibat malu tahap gila gaban menjawab dengan sepatah perkataan, “ Okey”.

Tapi…..napa aku sebut Okey padahal aku tak Okey. Oh tidak, patutkah aku menelefonnya balik. Hurm, nak kata apa??? Aku sibuk, banyak kerja, Baby a.k.a kucing yang selalu merayau-rayau kat hostel aku, tapi dia kenal ke?? Aku tersenyum sorang-sorang. Mestilah dia tak kenal, boleh ke Baby ke hostel mamat tu yang jauh berbatu. Tapi Baby tu kan kucing mestilah boleh. Arghhh…apa yang aku mengarut ni. Alamak, apa aku nak buat ni. Padahnya, rambut aku menjadi mangsa akibat mulut aku yang lancar berkata okey itu. Sapalah yang cipta perkataan okey itu. Wawa..aku mengarut lagi.

“Mia, apa yang Mia buat tu?? Senyum sorang-sorang sambil tarik rambut. Tapi lawa gak Mia buat rambut camtu. Ada iras-iras orang yang nak masuk Tanjung Rambutan” Gelak Kak Tiha kepadaku. Ku tenung tajam kea rah kak Tiha sambil memuncungkan mulutku. Hurm, nasib baik la aku kenal Kak Tiha. Kerana adanya Kak Tiha, aku dapat berjumpa ‘Jejaka Idaman Malaya”..Oppsss…bukan idaman aku seorang.

“La…budak ni…kita duk depan dia ni boleh pulak dia mengelamun. Apa la yang ko sedang berangan ni?? Teringin nak masuk kat kepala Mia ni. “Hehehe…jangan Kak tiha…nanti kak tak boleh lak nak kuar balik” Gelakku melihat muka Kak Tiha yang geram melihat aku yang sedang mengelamun.

Kak Tiha merupakan roommateku amat penyabar melayan kerenakku yang gila-gila ini. Kerana Kak Tiha juga aku berkenalan dengan insan yang aku sukai secara sembunyi. Pertama kali Kak Tiha memperkenalan aku dengannya, aku menjadi kaku dengan senyumannya. Namun melihatkan kemesraan Kak Tiha dengannya membuatkan aku menganggap mereka adalah sepasang kekasih. Namun, Kak Tiha berulang-ulang kali menyangkalnya dan menegaskan yang mereka hanya teman tapi mesra.

Mamat itu memang mudah menarik perhatian wanita. Namun, bukan paras mukanya yang menarik perhatianku. Layanannya terhadap kaum wanita amat menyenangkan aku untuk mendekatinya. Keadaan ini yang membuatkan aku salah faham hubungan antara dia dengan Kak Tiha. Sebelum ini, amat sukar untuk aku mendekati kaum Adam ini. Aku memang dididik untuk menjaga pertuturanku dengan Kaum Adam ini. Walaupun, terdapat ramai Kaum Adam dikelasku, namun kebanyakkannya merungut yang aku ini sukar didekati. Bila ditanya sepatah, sepatah jugalah aku menjawabnya. Namun, apabila aku bersama dengan kaum sejenisku, perangaiku berubah 360©. Perangaiku yang riang ria bagai kanak-kanak rebina menyebabkan aku terlalu rapat dengan rakan-rakan wanitaku.

Pertama kali bersua dengannya di sebuah majlis apa ntah aku pon da lupa. Kak Tiha yang membawaku dan memperkenalkan aku kepada mamat itu. Seperti biasa, aku masih berperangai sedemikian rupa. Aku hanya senyum dan kemudian beredar ke tempat lain. Bukan aku jual mahal, namun aku tiada idea untuk memulakan perbualan. Walaupun orang lain menegurku dahulu, alu tetap kaku dan hanya menjawab sepatah. Oleh kerana perangai burukku inilah yang menyebabkan aku dilabel sebagai orang yang sombong. Huhu..sedih betul aku dengan keadaanku in. Percayalah, kalau aku ini insan yang pandai berkomunikasi, tidaklah aku bersikap ssedemikan rupa.

Namun, sikap dia yang tenang dan tidak lekang senyumannya melayanku dengan baik tanpa prejudis membuatkan aku senang dengannya. Dia terlalu sabar walaupun aku hanya menjawab soalannnya dengan jawapan yang paling ringkas. Aku pernah mempunyai kenangan pahit akibat ketidak mesraan aku terhadap kaum Adam ini. Pengalaman pahit ini berlaku apabila lelaki tersebut menegurku namun aku hanya melayannya separuh jiwa tetiba lelaki tersebut mengherdikku. Sombong la, jual mahal la, macam cantik sangat la dan sebagainya berkumandang di telingaku. Terkejut dan aku menjadi trauma untuk beramah mesra dengan kaum Adam ini. Sebenar-benar, saku tak tahu untuk bersembang dengan kaum Adam ini. Aku menjadi malu-semalunya. Tolonglah percaya.

Tapi dia lain sangat…dia tahu aku mengelak untuk berkata-kata dengannya..tapi beribu-ribu kali juga dia mencuba umtuk mendekati. Tiba-tiba dia berdiri dan berlalu pergi. Huhu…kan aku dah kata dia akan cepat bosan. Cara aku menjawab soalannya sepatah-patah memang membosankan bagi sesuatu perbualan. Aku tidak tahu nak berkomunikasa. Kalau bercakap lebih takut membebel, tersalah info takut dipanggil sengal, huhu..macam-macam aku berfikir ketika bersembang dengan kaum Adam ini. Biarpon dengan pakcik sebelah rumah aku. Aku tetap bersikap sedemikian rupa. Hodoh betul perangai aku. Aku mejadi sayu sambil berfikir-fikir alas an yang munasah kenapa aku menjadi sedemikian. Pada saat itu, tahap keyakinanku mula menyusut. Bukan kerana aku menyukainya, masa itu perasaan menyukainya belum timbul lagi. Tapi kerana aku tahu dengan perangai hodoh aku ini, kemungkinan besar aku tiada kawan malah paling menggerunkan macam manalah aku nak kerja nanti. Ada ke kerja yang tidak melibatkan kaum hawa. Huhu…saya nak mohonlah kerja itu

Di saat otak ligat berfikir akan kekurangan diriku ini, dia tiba-tiba muncul dihadapanku. Dengan senyuman dia menghulurkan sepinggan nasi tomato yang cukup banyak dengan lauk pauknya. Dengan kehairanan, aku menyambut pinggan itu, hehehe…bab makan aku memang payah nak tolak. Mak aih…siap bawak air sirap lagi tu. Memang gentleman sungguh. Namun, akibat keburukan perangai aku yang bermaharajalela, aku hanya senyum dan mengeluarkan ayat sepatah kepadanya. Terima kasih. Ngee….apa la nak jadi dengan aku ni. Sepanjang masa aku dan dia hanya membisu sambil menjamah makanan kami masing-masing. Kalau orang lain tengok, sebijik macam pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Aishh..sepasang kekasih…apa yang melampau-lampau tahap imaginasi aku ni. Dekat sejam kami hanya membisu. Hanya sekali sekala dia bersuara. Itupun disebabkan kawan-kawannya yang menyapanya. Ramai juga kawan mamat ni. Selang dua tiga minit ada ja orang yang menyapanya.

Hurm, makanan aku kat pinggan da habis dan aku betul nak pergi dari situ. Tapi dari tadi aku tak nampak pon kelibat Kak Tiha. Aku hanya mengikut Kak Tiha ke jamuan makan ini dan kebanyakan tetamu yang hadir aku tidak kenal langsung. Kepalaku ke kiri ke kanan mencari kelibat Kak Tiha. “Awak cari Tiha ka??? Dia pergi toilet tadi. Awak ni memang senyap ek orang ye..Saya ni memang suka orang cam awak ni. Senyap je. Leh wat aweks”. Suaranya yang memecah kesunyian di antara kami. Huhu…betul ke apa yang aku dengar ni…suka orang macam aku ni???boleh wat aweks? Tapi….kenapa ada dia menyebut aweks?? Maksudnya dia nak jadikan aku sebagai koleksi aweks-aweks dia. Oh tidak…Apabila aku mula hanyut dalam khayalanku sendiri, dia memanggil namaku dan menunjuk ke arah Kak Tiha. Wah..Kak Tiha…perasaan yang gembira bagai seribu tahun tak berjumpa Kak Tiha. Berdiri-diri sambil riang ria, melambai-lambai ke arah Kak Tiha. Alamak, macam mana aku boleh lupa yang ada mamat seorang ni disebelah aku. Mamat itu pula hanya tersenyum melihat gelagatku. “Hai Haikal…ko wat ape kat sini?? Usha adek angkat aku ke?? Ko jangan wat perangai kasanova ko kat sini?? ujar Kak Tiha. Mamat itu hanya tersengih bagai kerang busuk. Aku pula tak semena-mena mengajak Kak Tiha pulang. Aku memang mahu pergi dari tempat itu secepat mungkin. Kalau aku ada sayap, akan kuterbang ke awan biru itu secepat mungkin. “Ok, jom kita balik. Bye-bye Haikal” ujar Kak Tiha sambil menarik tanganku. Mamat itu hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangannaya ke arahku.

“Ya Allah, ya tuhanku…..boleh pulak dia mengelamun balik.” Ucap Kak Tiha. Suaranya yang nyaring itu seakan-akan boleh memecah gegendang telingaku. Haha…gelak besar aku melihat gelagat Kak Tiha yang begang-begang manja melihat perangaiku buruk yang satu ini. Ya….aku boleh mengelamun panjang walaupun tengah bersembang dengan orang lain. Huhu…banyak sungguh perangai buruk aku ni.

Sunday, December 19, 2010

Fakta ke auta???: Lif yang membuat kita teruja @ teruji…

Nama Lif: Peti Sejuk @ Sejuk ye peti itu..

Lif yang boleh sejukkan badan tatkala panas…bila tym sejuk lak…lif ini akan disumpah seranah oleh orang yang mengigil kesejukkan..hoho..



Nama Lif: Lif utk orang yang kurus-kurus….ah benci btul…

Oh tidak………..ini adalah satu diskriminasi kepada orang-yang-comey-comey-belaka….rasa-rasa ye saya pon tak leh masuk itu lif…konfem tersangkut….ya…itu sudah semestinya…..



Nama Lif: Lif Keta…brOOm..brOOm

Wah…keta ini sangat menarik…leh bawak 1 famili dan jiran-sebelah-pon boleh kuar siar-siar…hahaha….kita pi ronda-ronda kat setiap floor yang ada kat bangunan tu…kan seronok…konfem pasni tobat depa tak nak da join korang pi jalan-jalan…



Nama Lif: Kill Bill bukan Bill Clinton,bil air, bil karan & sewaktu dengan ye…

U masuk..u will be die…hahahaha….sesiapa yang bernama BILL harus berhati-hati masuk lif ini….kerana nyawa anda akan berada diujung pedang itu….




Nama Lif: Lif Bau-Ketiak-Masam..

Lif ini untuk orang yang suka exercise…Perhatian: Sila bawak penutup idung, perfume atau alat-alat yang boleh menahan kemasaman bau ketiak akibat orang lif ini terlalu kuat exercise




Nama Lif: Lif Tangga-yang-menyusahkan..

Lif yang memenatkan..ade ke patut dia suruh kita nek tangga??



Nama lif: Suparman

Lif yang boleh buat kita terbang ke atas…sungguh…kawan-kawan juga boleh mendarat dengan bergaya ke bawah…syarat nak naik lift ini..anda diwajibkan menaikan tangan kanan anda ke atas…tangan belah kiri pula letak di pinggang…tapi..anda hanya boleh terbang naik dan turun sahaja…no kona-kona..ngee~