no to copy-copy...ngee~

Monday, September 20, 2010

My Diaries

Arini, da masuk setahun 2 bulan aku dengan si 'dia' di alam per'kapel'an. Tetiba, desas-desus pasal nak kawen pon timbul. Mula-mula dengar tue, rasa bahagia gak la. Iye la...hehehe...ada gak yang nak kawen dgn aku ni dan terbukti la yang dia ni memang seyes tym kawan dengan aku ni. Tapi........hurmmmm....duet nak kawen???? Aku da keja dekat 3 tahun tapi duit simpanan pon tak ada. Teruk ye aku ni. Bila tym camni la bru aku nak menyesal dan mula la otak aku ni mengeluarkan awan-awan kelabu yang penuh dengan penyesalan, nape la aku tak menyimpan dulu.

Aku pon bertanya kepada si 'dia'. "Bie ajak huny kawen ni...da ada duit ke??". Erk....tak sopan ke kalau aku bertanya kan soalan sedemikian rupa. Bukan apa, kan dia pon masih studi tentulah duit pon tak ada. Kalau nak diikutkan, dia abih studi, awal tahun depan dia da leh start keja. Tapi konfem la dia posting jauh dari aku. Hurm tak leh jadik ni...klo tak ada duit nak kawen lagi...at least aku dengan dia bertunang dulu. Arghhhhhh.....alamak........masalah nak bertunang lak...kalau nak bertunang pon kena ada bajet.

So, aku pon wat la research pasal bajet untuk kenduri kawen. Aku pi la tanya kat kawan-kawan, famili dan sebagainya la. Biar pon adakala ye kena usikan yang tak lama lagi aku nak wat nasik minyak tp aku tabahkan hati dan menjawab dengan muka yang amat poyo...saje nak ambik taw..tak leh ke?? Ku terus tabahkan hati untuk bertanya agar tak la aku terkejut giler masa nak kenduri nanti. Tanya punya tanya...dapat la aku estimate kan kos-kos nak mendirikan masjid ini. Mak aih....bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.

Bajet Belanja Kahwin

Perghhhh! Pas kawen lak konfem nak pi honeymoon? Nak sewa rumah lak serta barang-barang kat dalam rumah pas kahwin nanti??? Hurm...makna katanya, jangan la carik pasal kalau tak ada pasal. Setelah berbincang panjang dan lebar ye dengan si 'dia', kita tangguh la dulu hal nak kawen. Bagi si 'dia' abih studi, posting n dapat gaji, baru fikir len lak pasal kawen. Hahaha...penat ja aku fikir selama beberapa bulan pasal bab nak kawen ni....