Bab 1: Siapakah aku dihatinya??
Gembira sangat…itu yang dapat aku ungkapkan hari ini. Tidakku sangka panggilan yang ku terima tadi adalah insan yang selama ini membuatkan hatiku bergetar apabila berdekatan atau bertembung dengannya. Aku amat menyukainya, namum aku Cuma memendam dan menyembunyi perasaanku ini dari pengetahuan sesiapa pon. Bagiku, cukuplah perasaan ini ku simpan dan kupendam di dasar hati ini.
Hurm, tapi kenapa dia ajak aku keluar??Getus hatiku. Walaupun dia satu kampus dengan aku, namun aku jarang berjumpa dengannya. Nak kata urusan pelajaran, hurm..course aku tiada kaitan langsung dengan course dia. Lagipu, aku ni bukan la pelajar yang aktif nak masuk mana-mana persatuan. Perasaan malu dalam diriku ini memang tebal. So aku tak rasa yang dia nak berjumpa denganku kerana hal-hal persatuan ke, kelab ke dan seangkatan denganya. Tetiba perasaan takut menyergah di mindaku…Camane kalau dia tahu perasaanku. Marah ke dia atau dia pon suka kat aku?? Atau dia nak suruh aku jangan suka kat dia dan mahu menyuruh aku agar jangan tunjuk muka aku depan muka dia lagi. Wawawa..tragisnya. Tapi camna dia tahu yang aku sukakan dia. Nampak sangat ke aku ni sukakan dirinya?? Mak aih..malunya kalau nampak sangat yang aku sukakan mamat tu.Lagi pon perasaan aku ini terhadapnya tak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun melainkan kepada Baby a.k.a kucing yang selalu merayau-rayau di kawasan hostel aku. Oh tidak, mana aku nak sorokkan muka aku ni???
Pening..baik aku cancel jer jumpa dia malam ni daripada aku dapat malu. Pastu, kalau aku jumpa dia ja, aku terus pi menyorok kat mana-mana ‘port’ yang boleh sorok muka dan badan aku ni. Kalau dia tegur aku pon, aku wat dek jer. Buat cam aku tak kenal mamat tu. Idea bernas ni..baik aku wat camtu ja. Tak serabut kepala aku nak fikir. Tapi nape dia nak jumpa aku ek?? Hurm, satu hal lak kalau aku tak jumpa dia. Arghhhhhhhhh…pening kepala nak fikir. Tanpaku sedar, habis kusut masai rambutku kerjakan. Sakit kulit kepalaku akibat rambutku yang ditarik-tarik oleh tanganku. Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berilah penunjuk kepada insan yang lemah ini. Aku ni pon satu, masa mamat tu telefon senang benar je aku mengiyakan ajakannya. Masalahnya di sini, aku ingatkan mamat itu memintaku memberitahu Kak Tiha yang dia mengajaknya keluar. Sungguh aku dengar namaku yang diserunya, namun otakku ligat menukarnya kepada nama Kak Tiha kerana aku sangat tidak percaya dengan apa yang ku dengar tadi. “Hahaha, saya ajak awak keluar la..bukan Kak Tiha awak tu”, gelaknya. Aku pula dalam keadaan kalut malut akibat malu tahap gila gaban menjawab dengan sepatah perkataan, “ Okey”.
Tapi…..napa aku sebut Okey padahal aku tak Okey. Oh tidak, patutkah aku menelefonnya balik. Hurm, nak kata apa??? Aku sibuk, banyak kerja, Baby a.k.a kucing yang selalu merayau-rayau kat hostel aku, tapi dia kenal ke?? Aku tersenyum sorang-sorang. Mestilah dia tak kenal, boleh ke Baby ke hostel mamat tu yang jauh berbatu. Tapi Baby tu kan kucing mestilah boleh. Arghhh…apa yang aku mengarut ni. Alamak, apa aku nak buat ni. Padahnya, rambut aku menjadi mangsa akibat mulut aku yang lancar berkata okey itu. Sapalah yang cipta perkataan okey itu. Wawa..aku mengarut lagi.
“Mia, apa yang Mia buat tu?? Senyum sorang-sorang sambil tarik rambut. Tapi lawa gak Mia buat rambut camtu. Ada iras-iras orang yang nak masuk Tanjung Rambutan” Gelak Kak Tiha kepadaku. Ku tenung tajam kea rah kak Tiha sambil memuncungkan mulutku. Hurm, nasib baik la aku kenal Kak Tiha. Kerana adanya Kak Tiha, aku dapat berjumpa ‘Jejaka Idaman Malaya”..Oppsss…bukan idaman aku seorang.
“La…budak ni…kita duk depan dia ni boleh pulak dia mengelamun. Apa la yang ko sedang berangan ni?? Teringin nak masuk kat kepala Mia ni. “Hehehe…jangan Kak tiha…nanti kak tak boleh lak nak kuar balik” Gelakku melihat muka Kak Tiha yang geram melihat aku yang sedang mengelamun.
Kak Tiha merupakan roommateku amat penyabar melayan kerenakku yang gila-gila ini. Kerana Kak Tiha juga aku berkenalan dengan insan yang aku sukai secara sembunyi. Pertama kali Kak Tiha memperkenalan aku dengannya, aku menjadi kaku dengan senyumannya. Namun melihatkan kemesraan Kak Tiha dengannya membuatkan aku menganggap mereka adalah sepasang kekasih. Namun, Kak Tiha berulang-ulang kali menyangkalnya dan menegaskan yang mereka hanya teman tapi mesra.
Mamat itu memang mudah menarik perhatian wanita. Namun, bukan paras mukanya yang menarik perhatianku. Layanannya terhadap kaum wanita amat menyenangkan aku untuk mendekatinya. Keadaan ini yang membuatkan aku salah faham hubungan antara dia dengan Kak Tiha. Sebelum ini, amat sukar untuk aku mendekati kaum Adam ini. Aku memang dididik untuk menjaga pertuturanku dengan Kaum Adam ini. Walaupun, terdapat ramai Kaum Adam dikelasku, namun kebanyakkannya merungut yang aku ini sukar didekati. Bila ditanya sepatah, sepatah jugalah aku menjawabnya. Namun, apabila aku bersama dengan kaum sejenisku, perangaiku berubah 360©. Perangaiku yang riang ria bagai kanak-kanak rebina menyebabkan aku terlalu rapat dengan rakan-rakan wanitaku.
Pertama kali bersua dengannya di sebuah majlis apa ntah aku pon da lupa. Kak Tiha yang membawaku dan memperkenalkan aku kepada mamat itu. Seperti biasa, aku masih berperangai sedemikian rupa. Aku hanya senyum dan kemudian beredar ke tempat lain. Bukan aku jual mahal, namun aku tiada idea untuk memulakan perbualan. Walaupun orang lain menegurku dahulu, alu tetap kaku dan hanya menjawab sepatah. Oleh kerana perangai burukku inilah yang menyebabkan aku dilabel sebagai orang yang sombong. Huhu..sedih betul aku dengan keadaanku in. Percayalah, kalau aku ini insan yang pandai berkomunikasi, tidaklah aku bersikap ssedemikan rupa.
Namun, sikap dia yang tenang dan tidak lekang senyumannya melayanku dengan baik tanpa prejudis membuatkan aku senang dengannya. Dia terlalu sabar walaupun aku hanya menjawab soalannnya dengan jawapan yang paling ringkas. Aku pernah mempunyai kenangan pahit akibat ketidak mesraan aku terhadap kaum Adam ini. Pengalaman pahit ini berlaku apabila lelaki tersebut menegurku namun aku hanya melayannya separuh jiwa tetiba lelaki tersebut mengherdikku. Sombong la, jual mahal la, macam cantik sangat la dan sebagainya berkumandang di telingaku. Terkejut dan aku menjadi trauma untuk beramah mesra dengan kaum Adam ini. Sebenar-benar, saku tak tahu untuk bersembang dengan kaum Adam ini. Aku menjadi malu-semalunya. Tolonglah percaya.
Tapi dia lain sangat…dia tahu aku mengelak untuk berkata-kata dengannya..tapi beribu-ribu kali juga dia mencuba umtuk mendekati. Tiba-tiba dia berdiri dan berlalu pergi. Huhu…kan aku dah kata dia akan cepat bosan. Cara aku menjawab soalannya sepatah-patah memang membosankan bagi sesuatu perbualan. Aku tidak tahu nak berkomunikasa. Kalau bercakap lebih takut membebel, tersalah info takut dipanggil sengal, huhu..macam-macam aku berfikir ketika bersembang dengan kaum Adam ini. Biarpon dengan pakcik sebelah rumah aku. Aku tetap bersikap sedemikian rupa. Hodoh betul perangai aku. Aku mejadi sayu sambil berfikir-fikir alas an yang munasah kenapa aku menjadi sedemikian. Pada saat itu, tahap keyakinanku mula menyusut. Bukan kerana aku menyukainya, masa itu perasaan menyukainya belum timbul lagi. Tapi kerana aku tahu dengan perangai hodoh aku ini, kemungkinan besar aku tiada kawan malah paling menggerunkan macam manalah aku nak kerja nanti. Ada ke kerja yang tidak melibatkan kaum hawa. Huhu…saya nak mohonlah kerja itu
Di saat otak ligat berfikir akan kekurangan diriku ini, dia tiba-tiba muncul dihadapanku. Dengan senyuman dia menghulurkan sepinggan nasi tomato yang cukup banyak dengan lauk pauknya. Dengan kehairanan, aku menyambut pinggan itu, hehehe…bab makan aku memang payah nak tolak. Mak aih…siap bawak air sirap lagi tu. Memang gentleman sungguh. Namun, akibat keburukan perangai aku yang bermaharajalela, aku hanya senyum dan mengeluarkan ayat sepatah kepadanya. Terima kasih. Ngee….apa la nak jadi dengan aku ni. Sepanjang masa aku dan dia hanya membisu sambil menjamah makanan kami masing-masing. Kalau orang lain tengok, sebijik macam pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Aishh..sepasang kekasih…apa yang melampau-lampau tahap imaginasi aku ni. Dekat sejam kami hanya membisu. Hanya sekali sekala dia bersuara. Itupun disebabkan kawan-kawannya yang menyapanya. Ramai juga kawan mamat ni. Selang dua tiga minit ada ja orang yang menyapanya.
Hurm, makanan aku kat pinggan da habis dan aku betul nak pergi dari situ. Tapi dari tadi aku tak nampak pon kelibat Kak Tiha. Aku hanya mengikut Kak Tiha ke jamuan makan ini dan kebanyakan tetamu yang hadir aku tidak kenal langsung. Kepalaku ke kiri ke kanan mencari kelibat Kak Tiha. “Awak cari Tiha ka??? Dia pergi toilet tadi. Awak ni memang senyap ek orang ye..Saya ni memang suka orang cam awak ni. Senyap je. Leh wat aweks”. Suaranya yang memecah kesunyian di antara kami. Huhu…betul ke apa yang aku dengar ni…suka orang macam aku ni???boleh wat aweks? Tapi….kenapa ada dia menyebut aweks?? Maksudnya dia nak jadikan aku sebagai koleksi aweks-aweks dia. Oh tidak…Apabila aku mula hanyut dalam khayalanku sendiri, dia memanggil namaku dan menunjuk ke arah Kak Tiha. Wah..Kak Tiha…perasaan yang gembira bagai seribu tahun tak berjumpa Kak Tiha. Berdiri-diri sambil riang ria, melambai-lambai ke arah Kak Tiha. Alamak, macam mana aku boleh lupa yang ada mamat seorang ni disebelah aku. Mamat itu pula hanya tersenyum melihat gelagatku. “Hai Haikal…ko wat ape kat sini?? Usha adek angkat aku ke?? Ko jangan wat perangai kasanova ko kat sini?? ujar Kak Tiha. Mamat itu hanya tersengih bagai kerang busuk. Aku pula tak semena-mena mengajak Kak Tiha pulang. Aku memang mahu pergi dari tempat itu secepat mungkin. Kalau aku ada sayap, akan kuterbang ke awan biru itu secepat mungkin. “Ok, jom kita balik. Bye-bye Haikal” ujar Kak Tiha sambil menarik tanganku. Mamat itu hanya tersenyum sambil melambai-lambai tangannaya ke arahku.
“Ya Allah, ya tuhanku…..boleh pulak dia mengelamun balik.” Ucap Kak Tiha. Suaranya yang nyaring itu seakan-akan boleh memecah gegendang telingaku. Haha…gelak besar aku melihat gelagat Kak Tiha yang begang-begang manja melihat perangaiku buruk yang satu ini. Ya….aku boleh mengelamun panjang walaupun tengah bersembang dengan orang lain. Huhu…banyak sungguh perangai buruk aku ni.